Sewa atau beli katil hospital

SewaRM150sebulan
BeliRM799sekali bayar
DepositRM0walaupun sebulan

Kami hantar dan pasang. Bayar selepas katil sampai.

Pasukan kami menghantar katil hospital ke rumah pelanggan

Kata pelanggan kami

Bought a katil 3 in 1 function, tubular mattress & tilam canvas for my Father in Law. Staff very friendly, everything went very smooth. Cant believe that everything settle within a day.

Shukri Hasbollah, ulasan Google, September 2026

Terutamanya ribuan terima kasih despatch driver Abang Azizi yang sanggup deliver even in the night time and patiently explained of how to use the hospital bed.

Sammie LA, ulasan Google

Really appreciated the service provided from sales and till the delivery. Mr. Azizi is very dedicated staff. We very happy and satisfied.

Murugan Ramasamy, ulasan Google

12,000+ penghantaran peralatan perubatan sejak 2023, dari cawangan di Batu Caves, Kota Kinabalu dan Kuching. AA Alive Sdn Bhd memegang lesen establismen MDA.

Baca semua ulasan di Google

Mana lebih jimat, sewa atau beli?

Kurang 5 bulan

Sewa

Deposit RM0 dan boleh dilanjutkan.

Harga sewa katil hospital

5 bulan atau lebih

Beli

Terus jadi milik anda. Boleh ansuran.

Beli balik 50% harga rangka katil dalam tempoh 1 tahun (tilam tidak termasuk). Katil mesti dibeli daripada kami dan dalam keadaan baik; caj kutipan dikenakan.

Harga beli katil hospital

  • Kami pasang di bilik dan tunjuk cara guna
  • Caj hantar sehingga RM280, ikut alamat

Harga katil hospital manual dan elektrik

Manual guna engkol tangan. Elektrik guna alat kawalan.

Tilam: ripple (tilam angin) RM199, PVC kalis air RM399.

Juga ada: mesin oksigen, kerusi roda, CPAP dan kerusi pindah. Nak yang terpakai? Baca katil second hand vs baru.

Untuk siapa katil pesakit ni?

Katil pesakit atau katil orang sakit untuk dijaga di rumah.

Keperluan khas? Tanya doktor atau ahli fisioterapi dahulu.

Cara kami hantar

  1. WhatsApp poskod andaTak perlu isi borang.
  2. Kami sahkan harga dan tarikhSemua hitam putih sebelum hantar.
  3. Kami hantar, pasang dan ajarAnda bayar selepas katil siap dipasang.

Soalan lazim

Berapa cepat katil boleh sampai?

Bergantung pada stok dan alamat. Di KL dan Selangor, katil boleh sampai seawal 3 jam selepas booking confirm. WhatsApp poskod anda dan kami terus beritahu tarikh hantar dan caj, sehingga RM280 ikut alamat.

Perlu bayar deposit?

Tidak. Deposit RM0 untuk semua tempoh sewa, termasuk sebulan. Anda bayar selepas katil sampai dan siap dipasang.

Tilam termasuk?

Harga ialah untuk katil sahaja. Tilam boleh ditambah: ripple (tilam angin) RM199 atau tilam PVC kalis air RM399.

Kalau beli, boleh jual balik?

Boleh dalam tempoh 1 tahun: kami beli balik 50% harga rangka katil (tilam tidak termasuk). Katil mesti dibeli daripada kami dan dalam keadaan baik; caj kutipan dikenakan.

Boleh bayar ansuran?

Boleh untuk pembelian. Ansuran pun ditandatangani selepas katil dihantar.

Nak pulangkan katil sewa?

WhatsApp kami bila tak perlu lagi dan kami atur tarikh ambil semula. Notis dan caj kutipan ada dalam terma sewa anda.

Boleh pinjam katil hospital percuma?

Sesetengah NGO, masjid, pusat zakat dan program kebajikan meminjamkan katil hospital secara percuma, tetapi kelayakan dan senarai menunggu berbeza. Semak cara mohon bantuan katil hospital percuma. Jika katil diperlukan segera, sewa bermula RM150 sebulan.

Apa beza katil manual dan elektrik?

Katil manual dilaras dengan engkol tangan. Katil elektrik (automatik) guna motor dan alat kawalan, jadi posisi pesakit boleh diubah dengan satu tekan. Lihat pilihan katil hospital elektrik.

Boleh sewa dulu, beli kemudian?

Boleh bincang. Sebahagian bayaran sewa boleh ditolak jika anda beli kemudian, mengikut sebut harga bertulis.

Hantar ke Sabah dan Sarawak?

Ya. Kami ada cawangan di Kota Kinabalu dan Kuching, selain Batu Caves. WhatsApp poskod anda untuk tarikh dan caj hantar.

Baru keluar hospital, bila perlu sediakan katil?

Sebaik-baiknya sebelum pesakit balik. WhatsApp kami tarikh discaj dan poskod, dan kami semak stok serta tarikh hantar yang paling awal.

Katil hospital dalam bahasa Inggeris?

Katil hospital dalam bahasa Inggeris ialah hospital bed. Maklumat dalam bahasa Inggeris ada di halaman English kami.

Panduan keselamatan katil: NICE, MHRA, FDA.

Perlukan katil minggu ini?

Beritahu poskod dan tarikh anda perlukan katil. Kami semak stok dan balas dengan harga serta tarikh hantar.

Maklumat BM, 中文, தமிழ் & English
中文 — 马来西亚医院病床租赁

家用医院病床租赁的广告价从每月 RM150 起,购买价从 RM799 起。所有医院病床租期的押金均为 RM0,包括一个月。实际型号、库存、邮编覆盖、运费、安装和时段以书面报价为准;医疗适用性须由医疗专业人员评估。

தமிழ் — மலேசியாவில் மருத்துவமனைப் படுக்கை வாடகை

வீட்டுப் பராமரிப்புக்கான மருத்துவமனைப் படுக்கை வாடகை விளம்பர விலை மாதம் RM150 முதல்; வாங்கும் விலை RM799 முதல். ஒரு மாதம் உட்பட அனைத்து வாடகைக் காலங்களுக்கும் வைப்புத்தொகை RM0. சரியான மாடல், இருப்பு, அஞ்சல் குறியீட்டு சேவை, விநியோகக் கட்டணம், நிறுவல் மற்றும் நேரம் எழுத்துப்பூர்வ மேற்கோளில் உறுதிசெய்யப்பட வேண்டும்; மருத்துவப் பொருத்தத்தை சுகாதார நிபுணர் மதிப்பிட வேண்டும்.

English — Hospital beds in Malaysia

Advertised hospital-bed rental starts at RM150/month and purchase at RM799. The deposit is RM0 for every hospital-bed rental duration, including one month. Confirm the exact model, stock, postcode coverage, delivery fee, setup and slot in the written quote; clinical suitability needs a health professional's assessment.

Rekod syarikat dan lesen MDA

Pengendali & rekod syarikat

Katil Hospital Malaysia dikendalikan oleh AA Alive Sdn Bhd, diperbadankan pada 6 Oktober 2016; semak cawangan Batu Caves dan profil Google kami.

  • 2016 Syarikat diperbadankan
  • 12,000+ Penghantaran peralatan perubatan selesai*
  • Google Lihat ulasan pelanggan
  • 3 Profil lokasi Google

Pengasas kami

Maklumat lengkap pembekal & perkhidmatan

Katil Hospital Malaysia ialah nama laman bagi jenama Yaya Katil Hospital Prihatin yang dikendalikan oleh AA Alive Sdn Bhd. Harga iklan semasa: Standard M15 RM150 sewa / RM799 beli, Flexi M08 RM250 sewa / RM1,349 beli, dan 3 Function Auto M10 RM450 sewa / RM2,799 beli. Ultra M40 dijual pada RM5,500 dan tidak disewakan. Deposit ialah RM0 untuk setiap tempoh sewa, termasuk satu bulan. Tilam, aksesori, penghantaran, pemasangan, masa dan caj hanya terpakai seperti yang disahkan pada sebut harga. Rekod peranti MDA GA9817222-107721 hanya boleh dirujuk apabila kod model unit sepadan dengan senarai rasmi. Waranti pembelian katil baharu ialah 365 hari dan skopnya mengikut rekod bertulis. Hubungi 011-2879 9609 atau WhatsApp untuk sebut harga pesanan.

Rekod kawal selia Malaysia

Lesen establismen AA Alive Sdn Bhd: MDA-6798-K124 (pengilang), MDA-9938-W126 (wakil sah), MDA-10208-D126 (pengedar) dan MDA-10429-P126 (pengimport). Tarikh sah setiap lesen diterbitkan dalam daftar fakta disahkan.

Rekod peranti berasingan: GA9817222-107721, “Hospital bed”, sah 8 November 2022 hingga 7 November 2027.

Rekod awam MDA menyatakan AA Alive Sdn Bhd sebagai wakil sah (AUTHORIZED REPRESENTATIVE) dan menyenaraikan model BI01A, BII01A, BIII01A, BIV01A serta BX-A01. Semak kod model pada sebut harga atau invois; pendaftaran ini tidak wajar dianggap meliputi setiap aksesori atau variasi yang dipaparkan.

Sahkan rekod peranti dalam daftar rasmi MDA

Fakta komersial disahkan 25 Julai 2026

  • Deposit RM0 untuk setiap tempoh sewa katil hospital, termasuk satu bulan.
  • Harga sewa katil yang diiklankan: M15 RM150, M08 RM250 dan M10 RM450 sebulan. Ultra 6 Function ditawarkan untuk pembelian sahaja.
  • Tilam, aksesori, penghantaran dan pemasangan hanya termasuk apabila disenaraikan pada sebut harga.
  • Waranti pembelian katil baharu yang diaudit ialah 365 hari; skop dan pengecualian ikut rekod waranti bertulis.
  • Masa dan caj penghantaran khusus untuk setiap pesanan serta memerlukan pengesahan bertulis selepas stok, poskod dan akses diperiksa.

Lihat sumber, skop MDA, rekod cawangan dan registri fakta boleh mesin