Jerebu Oktober 2026: Liputan AFP dan Asianet News di AA Alive
Ketika asap kebakaran hutan di Indonesia menyelubungi Malaysia, wartawan AFP membuat liputan di bilik pameran dan gudang AA Alive Sdn Bhd di Gombak, Selangor. Rakaman video disiarkan oleh Asianet News English pada 17 Oktober 2026. Laporan bertulis AFP bertarikh 18 Oktober 2026 disiarkan semula oleh France 24, Yahoo News dan MSN.
Transkrip segmen AA Alive (0:32–2:11)
Ucapan kakitangan AA Alive dalam video Asianet News English, dalam bahasa asal. Perkataan berulang dibuang. Bahagian selepas 2:11 merakam pelancong di Singapura dan tidak disalin di sini.
So now, this machine's filter is also okay. Sometimes, if you don't know how to check that, you need to check it like this. Now this one cannot use anymore. We must change the filter.
In haze time, it's better. According to the machine, you check after 1,000 hours usually. So better now, in haze time, you check it after 500 hours, or maybe after one month or two months you check the filter. Because in haze time it will get a lot of dust, right? So it will get dirty very fast.
Ringkasan segmen dalam Bahasa Melayu
Juruteknik menunjukkan bacaan ketulenan oksigen dalam perisian yang turun di bawah 87, kemudian menukar penapis mesin yang tidak boleh digunakan lagi.
Jerebu berlaku setiap tahun di Malaysia, jadi stok peralatan oksigen dirancang lebih awal untuk menampung permintaan.
Penapis oxygen concentrator biasanya diperiksa selepas 1,000 jam penggunaan. Ketika jerebu, kakitangan AA Alive mencadangkan pemeriksaan selepas 500 jam, atau setiap satu hingga dua bulan, kerana habuk membuatkan penapis cepat kotor.
Apa yang dilaporkan AFP
Laporan AFP “Oxygen tanks, purifier sales spike as haze crisis hits Southeast Asia” oleh Isaac Chong dan Isabelle Leong (18 Oktober 2026) menyebut AA Alive sebagai syarikat peralatan perubatan di pinggir Kuala Lumpur yang membekalkan tangki oksigen dan oxygen concentrator kepada pesakit.
Rafina Firdaus, pasukan jualan AA Alive: We have seen a 35 percent increase in sales because of the haze.
Menurut Rafina, syarikat dapat menampung permintaan tambahan kerana kakitangan already experienced it every year.
AFP melaporkan AA Alive menghantar kira-kira 40 unit sewaan sehari pada masa liputan.
Juruteknik Mubassar Khan, 26, berkata bahan pencemar jerebu memendekkan jangka hayat penapis oxygen concentrator kepada separuh. Penapis itu biasanya ditukar selepas 1,000 jam penggunaan.
Wartawan AFP melihat hampir 60 oxygen concentrator dan kira-kira 20 tangki oksigen yang menunggu servis atau penggantian di bilik pameran dan gudang AA Alive.
Senarai liputan
AFP melalui France 24“Oxygen tanks, purifier sales spike as haze crisis hits Southeast Asia”18 Oktober 2026 · Baca di france24.com
AFP melalui Yahoo News Singapore“Oxygen tanks, purifier sales spike as haze crisis hits Southeast Asia”18 Oktober 2026 · Baca di sg.news.yahoo.com
AFP melalui MSN“Oxygen tanks, purifier sales spike as haze crisis hits Southeast Asia”18 Oktober 2026 · Baca di msn.com
Asianet News English (YouTube)“Is Your Air Safe? Indonesia's Haze Spreads Across Malaysia | Oxygen Sales Up 35%”17 Oktober 2026 · 6 minit 53 saat · Tonton di YouTube
Myanmar International TV (MITV)“Demand for oxygen devices rises as haze blankets Malaysia”17 Oktober 2026 · Lihat di myanmaritv.com
Guna oxygen concentrator ketika jerebu
Periksa penapis lebih kerap semasa jerebu, seperti yang ditunjukkan dalam rakaman. Kadar aliran oksigen dan tempoh penggunaan mengikut arahan doktor yang merawat pesakit.