Oxygen Concentrator untuk COPD: Panduan Lengkap Terapi Oksigen Rumah
• 8 minit bacaan
COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) adalah penyakit paru-paru kronik yang memerlukan terapi oksigen. Artikel ini menerangkan bagaimana oxygen concentrator membantu pesakit COPD.
1. Mengapa Pesakit COPD Perlu Oxygen Concentrator?
Pesakit COPD mengalami kesukaran bernafas kerana paru-paru rosak. oxygen concentrator membantu meningkatkan paras oksigen dalam darah, mengurangkan sesak nafas, dan meningkatkan kualiti hidup.
2. Berapa Liter Oksigen Diperlukan untuk COPD?
Kebanyakan pesakit COPD memerlukan 1-3 liter/minit. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan 4-6 liter/minit. Sentiasa ikut preskripsi doktor anda.
3. Bila Perlu Guna Oxygen Concentrator?
Bergantung kepada tahap COPD: semasa tidur sahaja, semasa aktiviti, atau 24 jam. Doktor akan tentukan berdasarkan ujian SpO2 dan analisis gas darah.
4. Unit 5L vs 10L untuk COPD
Unit 5L mencukupi untuk kebanyakan pesakit COPD (1-5 L/min). Unit 10L diperlukan untuk high-flow therapy atau penggunaan 2 pesakit serentak.
5. Tips Penjagaan untuk Pesakit COPD
Gunakan pulse oximeter untuk pantau SpO2. Jangan tingkatkan liter tanpa arahan doktor. Pastikan pengudaraan bilik baik. Elakkan merokok di sekeliling oxygen concentrator.
Perlukan Oxygen Concentrator?
Hubungi kami untuk konsultasi percuma dan penghantaran same-day.
WhatsApp Sekarang